Akaun maahadihyaalahmadi.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.


 TAJAAN JOM IFTAR, 1443H 


Ramadhan semakin hampir menemui kita. Bulan yang penuh dengan rahmat dan ibadah serta memberi peluang kepada kita untuk melakukan amal ibadah khususnya dengan bersedekah dengan TAJAAN BERBUKA PUASA. 


Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, Al-Tarmizi dan Al-Baihaqi)






Sempena ketibaan Ramadhan yang mulia ini, Maahad Ihya' Al-Ahmadi membuka peluang kepada seluruh umat Islam untuk merebut ganjaran berganda ini dalam program tajaan berbuka puasa pelajar Maahad Ihya' Al-Ahmadi. 

➡️ Anggaran 520 pax sehari
➡️ Tajaan khusus pelajar Maahad Ihya' Al-Ahmadi
➡️ Akan berlangsung selama 30 hari sepanjang Ramadhan ini

Ayuh bersama-sama Maahad Ihya' Al-Ahmadi merebut fadhilat bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.

Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak. InsyaAllah



BERBUKA PUASA












SOLAT SUNAT TERAWIH















TADARUS AL-QURAN












MOREH